Tuisyen Sekolah Rendah & Mengaji
Belajar jadi seronok macam bermain!
Kelas tuisyen sekolah rendah & mengaji yang santai dan mengikut rentak setiap anak.
Scroll bawah, Fluffy nak ikut!

Cikgu Mommy
Kenali Cikgu Anda
Assalamualaikum dan hai! Saya seorang guru tuisyen, guru Al-Quran dan pencinta ilmu yang percaya bahawa setiap anak mampu belajar apabila diajar dengan pendekatan yang sesuai.
Sepanjang mengajar, saya berpeluang membimbing murid sekolah rendah daripada pelbagai latar belakang, termasuk kanak-kanak berkeperluan khas. Saya juga membantu anak-anak membina keyakinan dalam pelajaran dan pembelajaran Al-Quran.
Bagi saya, pendidikan bukan tentang memaksa setiap anak belajar dengan cara yang sama. Pendidikan ialah memahami setiap anak, menerima mereka seadanya, dan membimbing mereka berkembang mengikut kemampuan serta potensi masing-masing.
Itulah jiwa di sebalik setiap kelas yang saya bina dan setiap anak yang saya ajar.
Sabar & Mesra
Murid bebas bertanya tanpa rasa malu
Kumpulan Kecil
Fokus penuh pada setiap murid
Update Progres
Parent sentiasa tahu perkembangan anak
Subjek Yang Diajar
Semua subjek teras sekolah rendah, plus kelas mengaji
RM30/jam
Matematik
Dari asas nombor sampai power problem solving
RM30/jam
Bahasa Melayu
Karangan, tatabahasa & pemahaman jadi mudah
RM30/jam
English
Confident speaking, reading & writing
RM30/jam
Sains
Eksperimen minda, faham bukan hafal
RM50/bulan
Mengaji / Iqra'
Iqra', tajwid & hafazan surah pendek
* Yuran boleh berubah ikut bilangan sesi. WhatsApp cikgu untuk pakej penuh!
Jom Cari Slot Anak Anda
Kalendar sentiasa dikemaskini. Slot hijau = masih kosong. Klik terus untuk tempah melalui WhatsApp!
Kata Parent & Murid
Review sebenar daripada keluarga yang belajar dengan cikgu
“I love learning with mommy zai because she make me understand the subject that i don't know. You always said "you can do it dell and don't give up now". Without you helping me...maybe I'll never focus on studying to get good results”
“Seronok sangat belajar denag mommy ni Dan senang sangat Dan mommy baik”
“Seronok belajar dgn mommy,senang nak faham,mommy baik dan pandai masak 🥰😁”
Kelas Mengaji Waktu Malam
Bila hari dah gelap, masa untuk menenangkan hati dengan Al-Quran
Iqra' 1—6
Langkah demi langkah, ikut kemampuan anak
Tajwid Asas
Baca dengan betul dari awal
Hafazan Surah
Surah-surah pendek untuk solat harian
Sedia Nak Mula?
Tempah slot percubaan atau tanya apa-apa dulu. Cikgu jawab sendiri, bukan bot!
Fluffy